Google Play Store Mula Mengintegrasikan Penggunaan Profil Google+

Diterbitkan pada Nov 27, 2012. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Google meneruskan kemaskini platform mereka dengan menyertakan integrasi sokongan akaun Google+ pada pelbagai perkhidmatan mereka, dimana selepas YouTube, kini penggunaan profil Google+ turut diintegrasikan pada Play Store.

Perkara ini sekaligus menjadikan apabila para pengguna menambah sebarang ulasan baru pada Google Play Store untuk sesuatu aplikasi dan sebagainya menggunakan nama sebenar dan gambar daripada profil Google+, sekaligus menjadikan ulasan yang diterbitkan hadir dengan lebih kredibiliti dan mengurangkan komen-komen berbentuk kurang profesional.

Buat masa ini, ia masih lagi pada peringkat awal pengenalan, dan tidak diaktifkan sepenuhnya untuk semua pengguna lagi.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami