Adblock Plus Dilancarkan Untuk Android – Membolehkan Semua Iklan Pada Aplikasi Dihalang

Adblock Plus Dilancarkan Untuk Android – Membolehkan Semua Iklan Pada Aplikasi Dihalang

Diterbitkan pada November 27, 2012 oleh .

Bagi para pengguna pelayar web seperti Firefox, Chrome dan Opera, mungkin sedia mengenali dan menggunakan plugin Adblock Plus yang mana membolehkan pengguna menyembunyikan iklan yang melampau pada sesuatu web. Dan kini, pembangunnya turut memperkenalkan aplikasi Adblock Plus secara rasmi untuk pengguna Android.

Ia berbeza dengan plugin yang mesra untuk Firefox Android, dimana melalui aplikasi ini, ia akan menghalang pelbagai jenis pengiklanan termasuk yang dipaparkan pada aplikasi dan permainan dengan mudah. Untuk menjayakan perkara ini, Adblock Plus menghalang iklan yang melalui WiFi yang disambungkan, sekaligus membolehkan iklan yang dipaparkan terhalang melalui penggunaanya.

Walaubagaimanapun, pada laman web yang menggunakan enkripsi SSL, iklan tidak dapat dihalang oleh Adblock Plus ini.

Bagi para pengguna Android yang berminat, mungkin boleh memuat-turun dan menggunakannya hari ini secara percuma.

Muat-Turun Adblock Plus untuk Android


TIPS & ULASAN