Addon Bahasa Rojak Untuk Firefox Kini Dalam Pembangunan

Addon Bahasa Rojak Untuk Firefox Kini Dalam Pembangunan

Diterbitkan pada November 27, 2012 oleh .

Ingatkah lagi dengan addon Mozilla daripada pembangun tempatan yang menawarkan penggunaan kamus bahasa Malaysia ketika input pada pelayar web, dinamakan MyEja? Kini, pembangun yang serupa sedang dalam proses pembangunan addon baru yang dinamakan sebagai en-MY : Bahasa Rojak MySpell Dictionary.

Seperti MyEja, ia menawarkan sokongan untuk dwi-bahasa pada waktu yang sama, iaitu Inggeris dan juga Bahasa Malaysia.

Buat masa ini, ia masih lagi belum diterbitkan pada halaman Mozilla Addon, sebaliknya hanya ditawarkan melalui laman GitHub, membolehkan sesiapa yang ingin menyumbang, atau membangunkan variasi addon dengan konsep serupa menggunakannya.

Sementara itu, bagi mereka yang ingin mencuba MyEja, boleh memuat-turunnya secara percuma dan menambah ia pada pelayar web Firefox anda hari ini.


TIPS & ULASAN