Cari @ Amanz

Dengan lebih kurang sekitar 60 hari lagi sebelum pelancaran rasmi BlackBerry 10, kini RIM telah mula memuat-naik demonstrasi awal dalam bentuk video iklan, dimana melalui video terbaru yang dimuat-naik oleh RIM, ia memperlihatkan sokongan Flow pada BlackBerry 10.

Melalui fungsi Flow, ia membolehkan pengguna BlackBerry 10 melakukan pelbagai tugas dengan hanya menggunakan sebelah tangan sahaja, dan mengendalikan dan beralih dari satu aplikasi kepada yang lain dengan pantas dan mudah.

BlackBerry 10 bakal dilancarkan secara rasminya pada 30 Januari 2013 kelak, dimana pada hari yang serupa, dua peranti BlackBerry 10 yang serba baru.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd