Lebih Daripada 40 Juta Lesen Windows 8 Terjual Seluruh Dunia

Lebih Daripada 40 Juta Lesen Windows 8 Terjual Seluruh Dunia

Diterbitkan pada November 28, 2012 oleh .

Nampaknya, walaupun ramai mengatakan penjualan Windows 8 agak kurang memberangsangkan, melalui angka terbaru yang dikeluarkan oleh Microsoft, ia memperlihatkan penerimaan sistem operasi terbaru mereka agak baik, dimana sehingga ke hari ini, lebih daripada 40 juta lesen Windows 8 terjual di seluruh dunia.

Windows 8 sebelum ini telah dilancarkan pada penghujung bulan Oktober yang lepas, dan kini dalam tempoh sebulan, sebanyak lebih 40 juta lesen terjual di seluruh dunia, dan mungkin kebanyakkan boleh dikatakan adalah kemaskini daripada Windows 7.

Pada masa yang sama, bilangan aplikasi yang ditawarkan juga semakin meningkat dari hari ke hari pada Windows Store, dan Microsoft turut mengatakan terdapat beberapa aplikasi yang telah melangkaui pendapatan sebanyak $25,000 pada Windows Store.

Baca : Ulasan Penuh Windows 8


TIPS & ULASAN