Cari @ Amanz

Selain daripada pengumuman berkaitan jualan Windows 8 yang melangkaui 40 juta lesen di seluruh dunia, kini, penganalisa bebas, Distimo turut mengeluarkan laporan terbaru mereka, memperlihatkan beberapa analisa dan statistik untuk Windows Store yang didatangkan bersama-sama Windows 8.

Daripada apa yang diperlihatkan, bilangan aplikasi percuma pada Windows Store agak tinggi berbanding pelbagai platform yang lain, dimana pada kadar 86% daripada lebih 20,000 aplikasi yang terdapat di Windows Store. Angka dan potensi Windows Store kelihatan agak baik memandangkan dalam tempoh sebulan sejak pelancaran rasmi, ia telah pun melangkaui angka 20,000 dimana jikalau dibandingkan dengan Mac App Store yang telah diperkenalkan untuk tempoh yang lebih lama.

Pada masa yang sama, Distimo turut berkongsi berkenaan jualan aplikasi, dimana memandangkan aplikasi berbayar yang ditawarkan pada Windows Store masih sedikit, maka angka jualannya masih kecil berbanding Mac App Store yang mana angka aplikasi berbayarnya meliputi sebanyak 84% berbanding Windows Store yang mana hanya sekitar 14% sahaja.

Microsoft juga dilihat memfokuskan kepada aplikasi yang dihasilkan pembangun tempatan mengikut sesuatu negara, dan memasarkannya mengikut tetapan lokasi seseorang pengguna. Perkara ini, sekaligus memberikan lebih pendedahan berkaitan aplikasi tempatan yang dihasilkan, dan menawarkan lebih banyak kandungan berguna kepada seseorang pengguna.

Daripada apa yang diperlihatkan, ia menunjukkan potensi Windows Store agak baik, dan mungkin kita akan melihat ia terus berkembang dengan positif dalam bulan-bulan akan datang. Untuk mereka yang ingin mengikuti laporan penuh daripada Distimo, boleh memuat-turunnya secara percuma daripada halaman rasmi mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd