StartW8 Menawarkan Menu Start Yang Ringkas Dan Berguna Untuk Windows 8

StartW8 Menawarkan Menu Start Yang Ringkas Dan Berguna Untuk Windows 8

Diterbitkan pada November 28, 2012 oleh .

Windows 8, seperti semua sedia maklum, tidak membawakan sebarang menu Start yang terdapat pada komputer Windows sejak berzaman, tetapi mengantikannya dengan halaman skrin utama dengan akses pantas ke pelbagai aplikasi. Namun, ia tidak menghentikan pembangun bebas hadir dengan aplikasi alternatif mereka tersendiri.

Selain daripada Pokki dan beberapa yang lain, terkini yang menawarkan fungsi yang lebih kurang sama adalah StartW8, dimana membawakan butang dan menu Start seperti pada Windows 7 untuk para pengguna Windows 8.

Beberapa perkara tambahan, seperti sokongan carian, kebolehan untuk masuk ke desktop terus setelah log masuk, dan beberapa yang lain turut disertakan pada StartW8 ini.

Menariknya, aplikasi ini ditawarkan secara percuma, dan semestinya sekiranya anda ingin menyumbang kepada pembangunnya, boleh melakukan dengan butang sumbangan pada halaman rasmi aplikasi tersebut.

Bagi para pengguna Windows 8 yang berminat, mungkin boleh memuat-turun dan mencubanya sendiri hari ini.

Muat-Turun StartW8 Untuk Windows 8


TIPS & ULASAN