Cari @ Amanz

Salah satu fungsi yang jarang digunakan pada pemain media VLC adalah sokongan Network Stream, dimana melaluinya ia membolehkan para pengguna memainkan video daripada sesuatu URL dengan mudah, termasuk daripada laman video terkemuka dunia – YouTube.

Untuk menggunakannya, para pengguna hanya perlu membuka pemain media VLC mereka, dan seterusnya pada pilihan menu pertama, iaitu “Media”, pilih Open Network Streams.

Seterusnya, pada ruangan URL, anda boleh memasukkan pelbagai jenis URL daripada pelbagai laman yang menyokongnya, dimana untuk contoh kali ini, kita gunakan URL video daripada YouTube. Anda hanya perlu menyalin URL yang ingin dimainkan, dan memasukkannya pada ruangan yang disediakan. Ia juga boleh digunakan untuk beberapa acara langsung seperti pengumuman Google, mahupun Google+ Hangout yang dilakukan oleh beberapa jenama menggunakan platform YouTube.

Sebaik sahaja memasukkan dan memainkannya, ia akan mengambil masa beberapa saat sebelum mula memainkannya. Melalui VLC, ia menyokong pelbagai sokongan, termasuk kebolehan untuk memainkan semula, memberhentikan seketika dan sebagainya. Daripada penggunaan kami, ia kelihatan menarik format video yang asal, maka akan mengambil masa lebih sedikit untuk pemuatan berbanding pada laman YouTube yang memilih berdasarkan sambungan internet.

Jadi, bagi anda yang ingin menonton video dari YouTube tanpa ingin membuka sebarang tab baru dan sebagainya, mungkin kaedah ini boleh digunakan, sekaligus menjadikan pengalaman tontonan anda lebih menarik berbanding kebiasaan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd