PlayStation 3 Baru Mula Dijual Di Malaysia Secara Rasminya – RM1199 Untuk Versi 500GB

PlayStation 3 Baru Mula Dijual Di Malaysia Secara Rasminya – RM1199 Untuk Versi 500GB

Diterbitkan pada November 28, 2012 oleh .

Seperti mana yang dilaporkan sebelum ini, hari ini pihak Sony Malaysia secara rasminya telah pun memulakan jualan rasmi untuk PlayStation 3 versi nipis yang serba baru, dengan pilihan warna hitam dan juga putih. Ia dijual di Malaysia pada harga RM1199 untuk versi 500GB.

Sony PlayStation 3 yang baru ini, seperti biasa didatangkan dengan pelbagai sokongan yang digemari ramai, termasuk fungsi sambungan wireless, kebolehan memainkan permainan dan video dalam bentuk definisi tinggi, dan pelbagai perkara yang lain.

Apa yang menariknya mengenai jualan Sony PlayStation 3 ini adalah dimana selain daripada membolehkan pengguna membeli secara terus pada harga RM1199 di pengedar rasmi Sony seluruh negara, mereka juga turut menawarkannya dalam bentuk ansuran bulanan serendah RM100 selama 12 bulan, dan boleh dibeli melalui halaman rasmi Sony Malaysia.


TIPS & ULASAN