Cari @ Amanz

Berbanding mengemaskini aplikasi Hotmail sedia ada, kini nampaknya Microsoft melancarkan sebuah aplikasi baru untuk perkhidmatan emel mereka yang menggunakan peranti Android, dinamakan sebagai Outlook.com, dan didatangkan dengan pelbagai fungsi asas aplikasi emel.

Melalui aplikasi rasmi Outlook.com ini, Microsoft kelihatan membolehkan pengguna log masuk ke seberapa banyak akaun yang mereka ada, dan menguruskannya terus melalui aplikasi tersebut.

Para pengguna boleh menghantar emel, menerima emel dengan sokongan notifikasi, sync data dengan buku alamat dan kalendar, serta menguruskan emel terus melalui hanya satu aplikasi.

Aplikasi ini disokong untuk pengguna Android 2.1, 2.3, 4.0 dan juga 4.1, tanpa sebarang sokongan untuk versi Honeycomb buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd