Cari @ Amanz

Skype 4.2 Untuk iOS Membawakan Sokongan Integrasi Akaun Microsoft

Oleh Aman

Link Copied!

Setelah memperkenalkan kemaskini untuk versi Windows, Mac OS X, Linux dan juga Android, kini pihak Microsoft turut sama mengemaskini aplikasi Skype untuk iOS, dimana didatangkan bersama-sama integrasi sokongan akaun Windows Live Messenger padanya.

Melalui kemaskini yang diperkenalkan hari ini, iaitu Skype 4.2 untuk iOS, ia membolehkan para pengguna log masuk ke Skype dan menyatukan data anda dengan akaun Microsoft. Pada masa yang sama, pengguna juga turut boleh bersembang dengan rakan-rakan di Live Messenger, Hotmail dan juga Outlook.com terus melalui Skype.

Untuk para pengguna iPhone 5 juga, kemaskini ini membawakan paparan skrin penuh untuk telefon pintar terbaru Apple tersebut.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun Skype 4.2 untuk iOS terus daripada AppStore.

Muat-Turun Skype 4.2 untuk iOS

Komen ()