Carian
Microsoft Bakal Memfokuskan Kepada Kemaskini Tahunan Bermula Windows Blue?
November 28, 2012 Aman

Dengan pelancaran Windows 8 tempoh hari, semua sedia maklum yang mana para pembangun di Microsoft telah pun memulakan pembangunan sistem operasi generasi baru mereka, dan terkini ia dikatakan Microsoft mungkin akan memperkenalkan suatu sistem operasi baru, dinamakan sebagai Windows Blue.

Windows Blue yang diperkatakan ini bukanlah suatu ura-ura baru, dimana sebelum ini telah pun mula kedengaran, dan diperkatakan mungkin akan hadir seawal pertengahan 2013 kelak. Terdapat beberapa pihak turut mengatakan ia mungkin hanya sekadar kemaskini seperti Service Pack untuk Windows 8, dan sebagainya, memandangkan info berkenaan dengannya masih terhad buat masa ini.

Microsoft juga dikatakan akan ditawarkan pada harga yang rendah atau mungkin percuma. Buat masa ini, Microsoft masih tidak mengeluarkan sebarang komen untuk ura-ura ini, dan ia diperkatakan Windows Blue ini akan menjadi salah satu langkah awal Microsoft dalam memperkenalkan kemaskini sistem operasi pada setiap tahun, sekaligus mengintegrasikan lebih banyak fungsi menarik dengan pantas.

Komen