Carian
Aplikasi Vimeo Untuk iOS Diberikan Nafas Baru
November 29, 2012 Aman

Bagi mereka yang gemar melihat pelbagai jenis video-video artistik dan menarik, Vimeo mungkin salah satu pilihan utama anda. Kini, selepas memperkenalkan aplikasi Vimeo untuk Windows 8, pembangunnya turut memberikan nafas baru untuk aplikasi iPhone rasmi mereka.

Melalui Vimeo 3.0 untuk iOS, kini ia membawakan rekabentuk baru yang lebih mudah untuk dikendalikan, selain mana turut sokongan perkongsian ke Twitter dan Facebook dengan mudah. Disamping itu, pengguna turut boleh menetapkan untuk berkongsi video yang dimuat-naik secara automatik ke laman sosial melalui tetapan yang disediakan.

Salah satu fungsi yang digemari kami pada kemaskini terbaru ini adalah kebolehan untuk memuat-naik video dan pada masa yang sama menonton video lain terus daripada aplikasi tersebut.

Bagi mereka yang menggunakan peranti iOS, anda boleh memuat-turun aplikasi Vimeo 3.0 hari ini, dan mencubanya sendiri dalam melayari pelbagai jenis video menarik.

Komen