Kemaskini Windows 7.8 Disahkan Akan Diperkenalkan Pada Awal Tahun 2013

Kemaskini Windows 7.8 Disahkan Akan Diperkenalkan Pada Awal Tahun 2013

Diterbitkan pada November 29, 2012 oleh .

Setelah sekian lama senyap berkenaan dengan kemaskini Windows Phone 7.8, hari ini, pihak Microsoft telah pun mengeluarkan kenyataan yang mana ia akan diperkenalkan kepada pengguna Windows Phone7.5 sedia ada pada awal tahun 2013 kelak.

Windows Phone 7.8 kelak akan membawakan beberapa perkara baru, termasuk salah satunya adalah kebolehan untuk mengubah saiz Tiles pada skrin utama. Pada masa yang sama, Microsoft turut berkongsi yang mana pelbagai aplikasi baru turut akan didatangkan dengan sokongan Windows Phone 7.8, serta pengguna Windows Phone sedia ada.

Pada masa yang sama, Microsoft turut berkongsi mengatakan pasaran yang boleh membeli aplikasi daripada Windows Phone Marketplace dan menggunakan perkhidmatan Xbox telah diperluaskan sebanyak hampir 30%, kepada lebih 95 negara seluruh dunia.


TIPS & ULASAN