Hari ini, Research In Motion secara rasminya memulakan acara BlackBerry Jam Asia, dimana selepas dibatalkan pada tahun lepas disebabkan keadaan banjir di Thailand, ia kini kembali, dan seperti biasa ia memfokuskan kepada BlackBerry 10 yang bakal dilancarkan pada bulan Januari kelak.
Pada acara ini, RIM berkongsi beberapa perkara, dan turut mengatakan yang mana BlackBerry masih merupakan peranti popular di Malaysia, dan beberapa negara lain di sekitar rantau ini, termasuk India dan lain-lain.
Untuk terus mengukuhkan kedudukan mereka di sekitar Asia, BlackBerry turut berkongsi mengatakan mereka akan menambah pelbagai fasiliti baru, disamping bekerjasama dengan universiti di sekitar Asia melalui program BlackBerry Academy mereka.