Pengguna Malaysia Merupakan Antara Pengguna BlackBerry Messenger Yang Aktif

Pengguna Malaysia Merupakan Antara Pengguna BlackBerry Messenger Yang Aktif

Diterbitkan pada November 29, 2012 oleh .

Bercakap mengenai BlackBerry Messenger hari ini, RIM berkongsi dimana pengguna Asia merupakan pengguna paling aktif BBM di seluruh dunia, dan terdapat lebih 60 juta pengguna aktif BBM di seluruh dunia.

Daripada mereka, sebanyak 28 juta pengguna aktif menggunakan sokongan BBM Groups padanya. Secara keseluruhan, lebih 1 billion mesej dihantar dan diterima melalui BBM setiap hari.

Pada masa yang sama, pihak RIM turut berkongsi mengenai sokongan audio dan panggilan suara yang diperkenalkan baru-baru ini pada BlackBerry Messenger. Daripada ujian yang dilakukan, buat masa ini, sebanyak 50,000 pengguna telah mendaftarkan untuknya, dan ia akan dilancarkan kepada semua tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN