Dengan pengumuman BlackBerry 10, selain daripada pembangun individu dan kecil-kecilan, jenama dan syarikat besar turut sama kelihatan akan melancarkan aplikasi rasmi mereka kepada platform tersebut ketika pelancarannya 30 Januari 2013 kelak.
Daripada apa yang dikongsikan oleh pihak RIM, antara jenama besar dari Malaysia yang telah mengesahkan pelancaran aplikasi mereka untuk BlackBerry 10 adalah termasuk AirAsia, Malaysia Airlines, Stadium Astro, Bernama TV dan juga WOWLoud.
Beberapa aplikasi turut diintegrasikan sepenuhnya dengan BBM, sebagai contoh, dimana apabila anda mendaftar masuk ke lapagan terbang, ia mengemaskini status BlackBerry Messenger secara automatik. Pelbagai integrasi lain juga bakal disertakan bersama dengan aplikasi BlackBerry 10, menawarkan pengguna tempatan kemudahan dalam menggunakan peranti pintar mereka.