Dengan pengenalan BlackBerry 10, RIM juga bakal mengubah nama kedai aplikasi mereka, dimana daripada BlackBerry App World yang digunakan sekarang, kelak ia akan dikenali sebagai hanya BlackBerry World.
Daripadanya kelak, ia akan menawarkan bukan sahaja aplikasi dan permainan, tetapi turut sama menawarkan beberapa kandungan digital yang lain, termasuk seperti majalah, buku, lagu, video dan sebagainya.
RIM sendiri kelihatan dimana selain memfokuskan kepada pembangunan aplikasi dengan menyediakan pelbagai jenis perisian, selain turut mengumumkan beberapa aplikasi yang bakal hadir dari Malaysia seperti WowLoud, Bernama, AirAsia, MAS dan sebagainya.