BlackBerry DevAlpha C – Peranti Ujian Dengan Papan Kekunci Fizikal

BlackBerry DevAlpha C – Peranti Ujian Dengan Papan Kekunci Fizikal

Diterbitkan pada November 29, 2012 oleh .

Untuk para pembangun, mungkin anda sedia ketahui akan yang mana RIM menyediakan peranti ujian bagi para pembangun untuk menguji aplikasi mereka. Setelah BlackBerry DevAlpha A dan juga DevAlpha B yang kedua-duanya memfokuskan kepada skrin sentuh, hari ini, BlackBerry turut mengumumkan DevAlpha C akan hadir tidak lama lagi dengan papan kekunci fizikal.

Namun, untuk mendapatkannya, para pembangun perlu mempunyai sekurang-kurangnya dua aplikasi yang telah diterbitkan untuk BlackBerry 10. Dan dengan peranti BlackBerry DevAlpha C ini juga, ia akan membolehkan pembangun menguji aplikasi mereka pada papan kekunci fizikal.

Untuk pengguna biasa pula, mereka perlu menantikan tarikh 30 Januari untuk pelancaran rasmi BlackBerry 10, dimana dua peranti akan diperkenalkan, iaitu peranti dengan skrin sentuh sepenuhnya, dan juga peranti dengan papan kekunci fizikal.

Pembangun yang berminat boleh mendaftarkan diri hari ini.


TIPS & ULASAN