Komli Kini Menguruskan Pengiklanan Di Twitter Untuk Asia Tenggara

Komli Kini Menguruskan Pengiklanan Di Twitter Untuk Asia Tenggara

Diterbitkan pada November 29, 2012 oleh .

Mungkin tidak lama lagi kita akan dapat melihat lebih banyak produk dan syarikat tempatan mengiklankan produk mereka menggunakan Twitter Sponsored Ad, dimana hari ini, Komli Media dan Twitter mengumumkan kerjasama eksklusif untuk tujuan pengiklanan.

Melalui kerjasama ini, Komli Media yang mana sebelum ini mengambil-alih Admax Network, akan menguruskan pengiklanan untuk lima negara, iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand dan juga Filipina. Dari segi tawaran pengiklanan yang akan disediakan adalah termasuk promoted tweet, promoted accounts, dan juga promoted trends.

Dari segi penggunaan perkhidmatan sosial seperti Twitter, ia boleh dikatakan agak popular dirantau ini, dan semestinya ia boleh digunakan ke arah yang positif dalam pemasaran produk ataupun pengenalan produk dan perkhidmatan yang baru.


TIPS & ULASAN