Carian
Pengguna LinkedIN Di Malaysia Melangkaui Angka 1 Juta
November 29, 2012 Aman

Hari ini, LinkedIN secara rasminya mengumumkan yang mana rangkaian sosial profesional mereka itu kini telah pun melangkaui angka 1 juta ahli daripada Malaysia, dan menyertai lebih 187 juta pengguna sedia ada di seluruh dunia.

Pengumuman satu juta ahli berdaftar ini hadir daripada LinkedIn, setelah genap setahun mereka memperkenalkan perkhidmatan mereka secara rasmi dalam bahasa Malaysia pada tahun lepas. Mungkin selepas ini, kita akan terus melihat perkembangan positif laman sosial pada bulan-bulan akan datang.

Bagi yang tidak mengenali LinkedIN, ia merupakan salah satu laman sosial yang memfokuskan kepada mereka yang bekerja, dan lebih ke arah perusahaan, perniagaan dan profesional. Seperti kebanyakkan perkhidmatan laman sosial, LinkedIn turut sama menyediakan aplikasi sosial untuk beberapa platform utama, selain mana turut diintegrasikan dengan mendalam pada BlackBerry 10 yang bakal dilancarkan pada 30 Januari 2013 kelak.

Komen