BBM Video Diura-ura Akan Hadir Pada BlackBerry 10

BBM Video Diura-ura Akan Hadir Pada BlackBerry 10

Diterbitkan pada November 29, 2012 oleh .

Baru-baru ini, BlackBerry Messenger telah pun menerima sokongan baru, dinamakan BBM Voice yang mana masih pada peringkat beta buat masa ini. Dan seperti beberapa laporan awal sebelum ini, kini CrackBerry melaporkan kemaskini BlackBerry 10 Dev Alpha terkini menyertakan sebuah folder khas dinamakan sebagai bbm_video.

Pada folder tersebut, salah satu fail yang terdapat adalah video_chat.m4a, yang mana merupakan nada dering untuk notifikasi seperti mana yang digunakan pada PlayBook Video Chat.

Namun, apabila disoal kepada pihak Research In Motion berkenaan dengannya oleh kami, mereka tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan dengannya.

Jadi, mungkinkah sokongan panggilan video diantara pengguna BBM akan diperkenalkan RIM pada BlackBerry 10?


TIPS & ULASAN