Cari @ Amanz

Pemain media VLC merupakan salah satu pemain media yang popular di seluruh dunia, dan digunakan oleh lebih 100 juta pengguna. Kini, lanjutan daripada memperlihatkan pembangunan versi Windows 8, pihak pembangunnya, VideoLAN turut memulakan pengumpulan dana melalui halaman KickStarter.

Pembangunanya dikatakan mungkin mengambil masa yang agak lama jikalau bergantung hanya kepada penyumbang bebas sahaja, sebaliknya untuk melajukan lagi proses pembangunan, mereka perlu melantik beberapa orang pembangun termasuk perekabentuk untuk menghasilkan aplikasi yang berguna dan juga cantik.

VLC untuk Windows 8 juga dikatakan akan turut mengintegrasikan sokongan untuk DVD, VCD termasuk Blu-Ray, membawakan lebih fungsi menarik bebanding versi desktop sedia ada.

Pada versi awalnya kelak, mereka mensasarkan untuk memperkenalkannya untuk Windows 8, sebelum turut menyokong Windows RT selepas beberapa ketika.

Daripada halaman Kickstarter, dan mengikut jadual yang dipaparkan, sekiranya semua berjalan lancar, mungkin kita akan melihat VLC untuk Windows 8 pada bulan April 2013 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd