Carian
Tiada Lagi Caj Tambahan Untuk Penggunaan Internet Melebihi Had Bagi Pelan Maxis 1GB Dan Ke Atas
November 30, 2012 Aman

Salah satu rungutan oleh para pengguna Maxis selama ini adalah caj penggunaan data yang tinggi apabila mereka melangkaui had penggunaan. Nampaknya, Maxis bermula daripada 3 Disember akan mengubahnya untuk para pengguna pelan 1GB dan ke atas.

Bermula 3 Disember ini, Maxis akan mengurangkan kelajuan pelayaran internet apabila pengguna melebihi had penggunaan, dan tidak lagi mengenakan caj secara automatik seperti sebelumnya. Namun, bagi pengguna yang inginkan kelajuan seperti biasa, mereka boleh membeli kuota tambahan daripada Maxis.

Sebelum ini, apabila melangkaui had penggunaan, Maxis mengenakan caj sebanyak RM0.30 untuk satu MB.

Walaubagaimanapun, untuk mereka yang melanggan internet mudah-alih dengan had dibawah 1GB, mereka masih akan dikenakan caj sebanyak 30 sen untuk satu MB apabila melangkaui had penggunaan mereka.

Komen