Apple iTunes 11 Sedia Dimuat-Turun Pengguna Windows Dan Mac

Apple iTunes 11 Sedia Dimuat-Turun Pengguna Windows Dan Mac

Diterbitkan pada November 30, 2012 oleh .

Seperti mana yang dilaporkan sebelum ini, kini, bagi para pengguna yang menguruskan lagu dan fail-fail media melalui iTunes, boleh memuat-turun dan menggunakan iTunes 11 yang mana membawakan beberapa perubahan, terutamanya dari segi antaramuka padanya.

Selain daripada rekabentuk baru, ia juga turut sama menyertakan iTunes Store dengan beberapa perubahan – menyerupai apa yang terdapat pada iOS, membolehkan para pengguna melihat lebih banyak informasi berkenaan sesuatu album dan sebagainya terus daripada iTunes. Pada iTunes 11 ini juga Apple seperti memfokuskan kepada pemain media bersaiz kecil, membolehkan anda mengawal media anda dengan lebih mudah berbanding sebelumnya

Pada masa yang sama, iCloud turut diintegrasikan dengan lebih menyeluruh, membolehkan data di sync dengan lebih baik .

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun iTunes 11 hari ini untuk Windows dan juga Mac OS X secara percuma.

Muat-Turun iTunes 11 Untuk Windows dan OS X


TIPS & ULASAN