Carian
30 Kumpulan Pelajar Bertanding di Dis.Rupt.Edu Minggu Hadapan
November 30, 2012 Ikhwan Nazri

Dis.rupt.edu yang akan berlangsung pada 5-7 Disember 2012 merupakan satu acara kerjasama diantara Anise Asia dan juga SEGi College, dimana ia merupakan salah satu platform untuk para pelajar mempamerkan bakat kreativiti mereka disamping menambah pengalaman didalam bidang keushawanan dan teknologi ketika usia muda.

Selama tiga hari Dis.rupt.edu yang akan diadakan kelak, tiga acara akan berlangsung dimana pameran Dis.Rupt.Edu itu sendiri yang akan memperlihatkan produk berasaskan ICT, Startup Alley yang akan mempertontonkan hasil kerja para pelajar dari pelbagai universiti, dan juga Startup Battlefield dimana pelajar diberikan peluang untuk melancarkan produk mereka dihadapan orang ramai.

Startup Alley membolehkan para hadirin untuk melihat dan berkenalan bersmaa-sama 30 kumpulan yang terdiri dari para pelajar dari universiti serta kolej tempatan seperti UTM, MMU, UTP. Ke semua kumpulan ini akan bertanding didalam Startup Battlefied yang mana menawarkan hadiah utama berupa pakej lawatan ke Amerika Syarikat untuk menghadiri acara terkemuka – TechCrunch Disrupt 2013.

Bagi mereka yang ingin melihat sendiri apakah yang dibawakan oleh para pelajar tempatan, mungkin boleh berkunjung ke acara Dis.Rupt.Edu ini yang bakal diadakan pada 5-7 Disember 2012, bertempat di Universiti SEGi, Kota Damansara. Untuk maklumat lanjut berkenaan acara ini, lawati laman rasmi Dis.Rupt.Edu hari ini.

Komen