Eksklusif : Pandang Pertama Aplikasi WOWLoud Pada BlackBerry 10

Eksklusif : Pandang Pertama Aplikasi WOWLoud Pada BlackBerry 10

Diterbitkan pada November 30, 2012 oleh .

WOWLoud – Perkhidmatan muzik-awan MalaysiaBagi para pengguna tempatan yang gemar mendengar akan pelbagai lagu terus melalui sokongan awan, semestinya sedia mengenali akan WOWLoud. Sebelum ini, WOWLoud pernah memperkenalkan aplikasi mereka untuk beberapa platform, disamping mengumumkan kerjasama dengan syarikat telekomunikasi, dan kini dalam persiapan untuk melancarkan aplikasi untuk BlackBerry 10.

Seperti semua sedia maklum, BlackBerry 10 bakal dilancarkan kepada umum pada 30 Januari 2013 kelak, sekaligus ini menjadikan WOWLoud antara rakan kerjasama awal untuk platform tersebut daripada Malaysia.

Daripada aplikasi WOWLoud untuk BlackBerry 10 yang kami lihat, ia masih lagi pada peringkat awal, dan masih tidak nampak ciri-ciri seperti akaun pengguna dan sebagainya.

Apa yang menariknya, ia menggunakan elemen BlackBerry 10, mengintegrasikan beberapa perkara seperti Flow dan juga Peek, membolehkan ia berfungsi dengan lancar, dan pada masa yang sama melihat perkembangan semasa lain dengan hanya swipe sahaja.

Memandangkan WOWLoud merupakan aplikasi pemain muzik-awan, maka para pengguna boleh kekal mendengar lagu daripadanya walaupun mereka keluar daripada aplikasi tersebut. Daripada apa yang kami lihat, ia berfungsi dengan lancar, selain kulit album juga dipaparkan dalam bentuk yang menarik.

Buat masa ini, kami masih tidak diketahui apakah langganan eksklusif yang akan diterima oleh WOWLoud pada Blackberry 10. Mungkin maklumat lanjut berkaitan dengannya akan diketahui setelah BlackBerry 10 dilancarkan pada penghujung Januari 2013 kelak.


TIPS & ULASAN