BBM Voice Akan Dilancarkan Secara Rasmi Pada Bulan Disember

BBM Voice Akan Dilancarkan Secara Rasmi Pada Bulan Disember

Diterbitkan pada November 30, 2012 oleh .

Bagi para pengguna aktif BlackBerry Messenger, semestinya salah satu fungsi baru yang dinantikan adalah BBM Voice yang membolehkan para pengguna membuat panggilan suara diantara rakan-rakan dan pengguna BBM. Pada BlackBerry Jam Asia 2012 ini, pihak RIM berkongsi versi akhirnya akan dilancarkan kepada umum pada bulan hadapan.

Buat masa ini, ia masih pada peringkat ujian di BlackBerry Beta Zone. Menurut pihak RIM, pada peringkat ujian sahaja kini ia disertai oleh lebih 50 ribu pengguna seluruh dunia.

Melalui BBM Voice, ia membolehkan para pengguna membuat panggilan suara melalui WiFi, dan apabila bertanya mengenai sokongan melalui pelan data, RIM mengatakan ia masih lagi pada peringkat ujian, dan memberikan pengalaman penggunaan yang menarik, ia bergantung kepada WiFi buat masa ini.

Selain daripada BBM Voice, salah satu perkara yang diura-ura akan baru-baru ini adalah BBM Video. Pihak RIM tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan dengannya buat masa ini.


TIPS & ULASAN