Xbox Generasi Baru Akan Hadir Pada Penghujung Tahun Hadapan?

Xbox Generasi Baru Akan Hadir Pada Penghujung Tahun Hadapan?

Diterbitkan pada November 30, 2012 oleh .

Salah satu konsol permainan baru yang dinantikan ramai pemain seluruh dunia adalah Xbox generasi baru, yang mana turut dikatakan sebagai “Xbox 720”. Mengikut laporan terbaru daripada Bloomberg, Xbox generasi baru ini dijangka akan mula dijual sebelum hari Natal tahun hadapan.

Xbox generasi baru ini dijangka akan diperlihatkan terlebih dahulu pada acara tahunan E3 yang biasanya diadakan sekitar bulan Jun.

Xbox kali terakhir dilancarkan pada tahun 2005, iaitu Xbox 360 yang mana membawakan beberapa permainan menarik padanya, ditambah lagi dengan sokongan Kinect yang menjadikan pengalaman permainan berbeza dengan kebiasaan.

Sehingga ke hari ini, Xbox 360 masih belum dilancarkan secara rasmi di Malaysia, dan masih tidak diketahui adakah versi baru ini akan hadir atau sebaliknya.


TIPS & ULASAN