Nokia Lumia 920 Bakal Hadir Tidak Lama Lagi Ke Malaysia

Nokia Lumia 920 Bakal Hadir Tidak Lama Lagi Ke Malaysia

Diterbitkan pada November 30, 2012 oleh .

Sejak pengumuman dan pelancaran rasmi Windows Phone 8 tempoh hari, salah satu peranti yang dinantikan ramai pengguna tempatan adalah Nokia Lumia 920, dan kini ia diketahui akan dilancarkan dan mula dijual tidak lama lagi.

Nokia Malaysia sendiri bakal mengadakan sebuah acara khas dalam memperlihatkan produk mereka kepada beberapa media tempatan pada minggu hadapan, serta pada masa yang sama berkongsi berkenaan dengan tarikh pelancarannya kelak pada hari yang sama.

Seperti semua sedia maklum, Nokia Lumia 920 merupakan peranti berspesifikasi tinggi daripada Nokia untuk keluarga Windows Phone 8 yang mana membawakan kamera dengan teknologi PureView, dan skrin dengan sokongan PureMotion padanya.

Kami akan berkongsi lebih maklumat lanjut berkaitan dengan Lumia 920 untuk pasaran Malaysia pada minggu hadapan, langsung daripada acara berkenaan.

Baca : Pandang Pertama Sistem Operasi Windows Phone 8


TIPS & ULASAN