Cari @ Amanz

Telekom Malaysia ataupun lebih dikenali sebagai TM, hari ini telah pun secara rasminya mengumumkan pendapatan tahunan mereka, disamping pada masa yang sama berkongsi mengenai angka pengguna mereka. Daripada apa yang dikongsikan, TM mencatat pertumbuhan hasil 9 bulan pada tahun ini sebanyak 7.2% kepada RM7.2 bilion.

Seperti semua sedia maklum, pendapatan daripada perkhidmatan internet yang disediakan mereka merupakan antara pendapatan utama. Sehingga ke hari ini, TM mempunyai seramai 2.03 juta pelanggan untuk perkhidmatan jalur-lebar, serta secara keseluruhannya yang melanggan perkhidmatan Telekom Malaysia berjumlah seramai 2.05 juta orang.

UniFi, perkhidmatan jalur-lebar berkelajuan tinggi daripada Telekom Malaysia turut memperlihatkan peningkatan yang positif, dimana sehingga kini seramai 462,000 pelanggan telah diaktifkan, dan meliputi lebih 1.32 juta premis buat masa ini.

Telekom Malaysia mengatakan mereka akan menyokong lebih 1.34 juta premis dengan sokongan UniFi menjelang penghujung tahun ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd