BlackBerry 10 Tidak Lagi Bergantung Kepada Pelan BIS – Menggunakan Pelan Data Biasa

BlackBerry 10 Tidak Lagi Bergantung Kepada Pelan BIS – Menggunakan Pelan Data Biasa

Diterbitkan pada November 30, 2012 oleh .

Pada hari ini, BlackBerry boleh dikatakan bergantung kepada pakej khas yang dipanggil sebagai BIS (BlackBerry Internet Service) untuk menggunakan peranti mereka. Namun, ia akan berubah tidak lama lagi pada BlackBerry 10.

Mengikut apa yang dikongsikan oleh pihak Research In Motion hari ini, mereka mengatakan untuk menggunakan BlackBerry 10, para pengguna hanya perlu menggunakan kad-SIM dengan sebarang pelan data, dan boleh menggunakan peranti BlackBerry 10 serta-merta.

Untuk pengguna BlackBerry sedia ada, mereka diperlukan untuk mengubah pelan BIS mereka kepada pelan data biasa sebelum dapat menggunakannya.

Pada masa yang sama, pihak RIM juga turut mengatakan yang mana bermula BlackBerry 10, hanya BBM sahaja akan melalui pelayan mereka, sebaliknya untuk emel dan sebagainya ia akan berfungsi terus tanpa melalui pelayan mereka.


TIPS & ULASAN