Carian
Konsep Aplikasi BlackBerry 10 Untuk Melihat Lokasi Kedai 1Malaysia Dipertontonkan
November 30, 2012 Aman

Pada BlackBerry Jam Asia 2012 yang diadakan semalam dan hari ini, salah satu perkara yang difokuskan adalah pembangunan aplikasi untuk BlackBerry 10, dan salah satu pasukan wakil dari Malaysia turut hadir dengan konsep aplikasi untuk melihat lokasi kedai 1Malaysia.

Aplikasi yang diperlihatkan oleh mereka ini menggunakan sokongan geolokasi, dan memperlihatkan lokasinya di peta, dan boleh turut menggunakan sokongan Augmented Reality untuk menentukan lokasinya.

Pada masa yang sama, sokongan AR turut diintegrasikan dalam melihat promosi dan sebagainya, dimana para pengguna hanya perlu mengimbas iklan atau apa-apa perkara di kedai tersebut, dan mengetahui lebih lanjut berkenaan dengannya.

Ia hanya sekadar konsep untuk menentukan lokasi kedai, dan ia turut boleh diperluaskan kepada penggunaan lain, seperti menentukan lokasi kedai makan, lokasi sekolah, masjid dan sebagainya.

Buat masa ini, kami tidak mengetahui sama ada aplikasi yang dibangunkan untuk pertandingan JamHak ini akan diterbitkan pada BlackBerry World ataupun tidak.

Komen