Bagi para peminat permainan video, mungkin anda sedia mengenali akan Humble Bundle yang selalunya membawakan pelbagai koleksi permainan indie untuk pelbagai platform. Untuk bulan ini, sedikit berbeza, mereka membawakan permainan daripada penerbita permainan popular, THQ.
Dinamakan sebagai Humble THQ Bundle, ia membawakan beberapa permainan padanya, iaitu Darksifers, Metro 2033, Red Faction, Company of Heroes (dan dua lagi pilihan versi expansion). Sekiranya anda membuat sumbangan purata, maka anda akan mendapat permainan bonus, Saints Row.
Humble THQ Bundle ini hanya sekadar menyokong platform Windows sahaja, dan memerlukan Steam untuk memuat-turun permainan tersebut.
Walaupun secara asasnya ia menguntungkan pihak pemain, namun beberapa pengguna berpendapat yang mana Humble Bundle kali ini kurang menarik, memandangkan seperti tidak menyokong industri indie. Apa pun, sebagai pengguna, pilihan di tangan anda, dan apatah lagi ia masih membantu dengan menyumbang kepada badan kebajikan, maka mungkin masih mendapat sokongan ramai.
- Lihat koleksi permainan Humble THQ Bundle