Cari @ Amanz

Apple telah pun melancarkan iMac baru mereka pada bulan lepas, dan kini, bagi para pengguna yang ingin mendapatkannya, boleh membuat tempahan terus daripada Apple Store Malaysia, dan mendapatkannya dalam masa kurang seminggu untuk versi 21.5-inci.

Seperti semua sedia maklum, iMac generasi baru ini membawakan rekabentuk yang lebih nipis, dengan paparan lebih baik, disamping membawakan spesifikasi lebih baik berbanding sebelumnya. iMac baru ini turut didatangkan dengan sokongan Fusion Drive, yang mana pengguna boleh membuat pilihan untuknya pada Apple Store Malaysia, membawakan penambahan sebanyak RM850 berbanding harga jualan biasa.

Daripada info di halaman jualan, iMac bersaiz 21.5-inci boleh didapati dalam masa kurang seminggu, manakala untuk versi 27-inci, pengguna perlu menantikannya untuk dihantar sekitar pertengahan bulan Disember kelak.

iMac bersaiz 21.5-inci dijual pada harga bermula RM3,999 manakala untuk versi 27-inci, harga jualannya bermula pada RM5,499.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd