Fungsi Kamera Pada BlackBerry 10 Diperlihatkan Secara Ringkas

Fungsi Kamera Pada BlackBerry 10 Diperlihatkan Secara Ringkas

Diterbitkan pada Dis 1, 2012 oleh .

Hari ini, pihak Research in Motion telah pun memuat-naik sebuah video terbaru pada saluran YouTube mereka, berkongsi secara ringkas mengenai sokongan kamera baru mereka, yang mana membolehkan para pengguna merakamkan gambar dan menghasilkan gambar yang cantik, serta mengubahnya serba-sedikit sekiranya mempunyai sebarang kekurangan.

Salah satu fungsi yang didatangkan bersama-sama dengan BlackBerry 10 adalah dinamakan sebagai TimeShift, dimana ketika merakamkan gambar, ia mengambil untuk beberapa detik, membolehkan pengguna memilih gambar yang terbaik untuk disimpan sebagai kenangan.

Sokongan rakaman video pada BlackBerry 10 masih tidak diketahui sepenuhnya, tetapi apa yang diketahui, ia akan didatangkan dengan sokongan rakaman dalam mod HD penuh.

BlackBerry 10 akan dilancarkan secara rasminya pada 30 Januari 2013 kelak.


TIPS & ULASAN