Lumia 920 – RM1999; Lumia 820 – RM1599
Bagi yang mengikuti kemaskini sebelum ini berkaitan dengan peranti Windows Phone 8 daripada Nokia, anda mungkin sedia maklum, yang mana Nokia Malaysia akan mengadakan acara pralihat media mereka pada minggu hadapan, dan kini laporan awal berkenaan harga jualannya mula diketahui.
Mengikut laman NokiaKu, ia dijangka akan dijual sekitar penghujung Disember atau bulan Januari kelak untuk pasaran Malaysia. Dan apa yang menariknya, Nokia Lumia 920 dijangka akan berharga RM1999 di Malaysia, manakala Lumia 820 pula dijangka akan berharga sekitar RM1599.
Ia juga diperkatakan yang mana berkemungkinan Nokia akan mengadakan kempen pemasaran yang meluas dan besar-besaran untuk jualan peranti Windows Phone mereka itu.
Lebih maklumat mungkin akan diketahui melalui acara khas pihak Nokia pada minggu hadapan, dan kami akan membawakan kemaskini langsung daripadanya kelak. Sementara itu, bagi anda yang berminat dengan peranti Nokia, boleh mengikuti pelbagai kemaskini semasa daripada laman NokiaKu.my, yang mana ditulis sepenuhnya dalam bahasa Malaysia.
THIS JUST IN : Nokia #Lumia920 will be priced at RM1999 in Malaysia. #switchtolumia
— asrialbaker (@asrialbaker) November 30, 2012