Sebelum ini, beberapa minggu yang lepas, kami pernah berkongsi akan aplikasi Manga Camera untuk iOS, dan kini sebuah lagi aplikasi baru daripada syarikat Jepun didatangkan dengan konsep serupa, dinamakan sebagai Otaku Camera.
Aplikasi Otaku Camera ini ditawarkan bukan sahaja untuk pengguna peranti iOS, tetapi juga turut didatangkan dalam versi Android, membolehkan para pengguna hanya merakamkan gambar, dan kemudian mengubahnya kepada bentuk lakaran manga dengan mudah.
Aplikasi ini ditawarkan secara percuma kepada kedua-dua platform, dan daripada apa yang kami uji pada peranti Android, ia memperlihatkan sebuah iklan pada halaman utama aplikasinya. Ia juga didatangkan dalam sokongan bahasa Inggeris, membolehkan para pengguna mengendalikannya dengan mudah tanpa melalui pelbagai proses sukar.
Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turunnya hari ini, dan menghasilkan gambar dalam bentuk lakaran manga dengan mudah.
- Muat-Turun Otaku Camera untuk iOS
- Muat-Turun Otaku Camera untuk Android