BlackBerry App Generator Memudahkan Pemilik Laman Web Menghasilkan Aplikasi Untuk BlackBerry

BlackBerry App Generator Memudahkan Pemilik Laman Web Menghasilkan Aplikasi Untuk BlackBerry

Diterbitkan pada Dis 1, 2012 oleh .

Dalam usaha untuk mengalakkan lebih banyak laman web dan blog menawarkan aplikasi khas untuk pembaca mereka, salah satu perkhidmatan percuma yang disediakan oleh RIM adalah BlackBerry App Generator.

Melalui perkhidmatan percuma ini, ia membolehkan sesiapa sahaja menghasilkan aplikasi untuk BlackBerry dengan mudah, termasuk untuk peranti sedia ada dan juga untuk PlayBook.

Daripadanya, para pengguna hanya perlu memasukkan alamat URL dan memilih rekabentuk aplikasi yang dikehendaki mereka, sebelum membinanya terus melalui pelayar web. Segala proses untuknya mengambil masa kurang 15 minit untuk menghasilkannya.

Namun, salah satu kekurangan buat masa ini, adalah ketiadaan sokongan bahasa Malaysia padanya buat masa ini. Menurut pihak BlackBerry, ketika ditemui, mereka mengatakan akan menambahnya tidak lama lagi pada BlackBerry App Generator.

Bagi anda yang ingin mencubanya, mungkin boleh mendaftar pada BlackBerry App Generator, dan membangunkan aplikasi anda padanya hari ini. Proses menerbitkan aplikasi juga boleh dilakukan terus melalui hanya satu klik terus daripada laman tersebut.


TIPS & ULASAN