BlackBerry 10 Membawakan Pelayar Web Dengan Sokongan HTML5 Terbaik Di Pasaran

BlackBerry 10 Membawakan Pelayar Web Dengan Sokongan HTML5 Terbaik Di Pasaran

Diterbitkan pada Dis 1, 2012 oleh .

Pada hari ini, salah satu perkara yang difokuskan pada peranti mudah-alih adalah keupayaan pelayaran web, dan pengalaman penggunaan yang menarik melaluinya. Mengambil berat perkara ini, BlackBerry 10 dibangunkan dengan membawakan sebuah pelayar web terbina dengan sokongan HTML5 terbaik buat masa ini, berbanding pelbagai pelayar web yang lain di pasaran.

Daripada ujian HTML5Test.com, pelayar web pada Blackberry 10 mencatatkan skor paling tinggi, mengalahkan pelbagai pelayar web lain di pasaran, sekaligus meletakkannya pada kedudukan pertama.

RIM juga menekankan yang mana para pengguna akan mendapat pengalaman pelayaran web terbaik pada pelayar web, selain mana salah satu fungsi yang turut diintegrasikan padanya adalah kebolehan paparan hanya teks sahaja, sekaligus memudahkan pembaca membaca pada peranti mudah-alih mereka.


TIPS & ULASAN