Sekitar BlackBerry Jam Asia 2012

Diterbitkan pada Dis 1, 2012. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Mungkin ramai pembaca maklum akan berkenaan acara BlackBerry Jam Asia 2012 yang diadakan selama dua hari yang lepas di Bangkok, Thailand, dimana pihak Research In Motion telah berkongsi pelbagai berita menarik berkaitan dengan BlackBerry 10 yang bakal dilancarkan pada 30 Januari 2013 akan datang.

BlackBerry 10 membawakan pelbagai perubahan menarik pada platform popular tersebut, dan dijangka akan mula menarik kembali para pengguna menggunakan perkhidmatan dan peranti BlackBerry. Dua peranti baru turut sama bakal diumumkan pada tarikh yang sama, bersama-sama pelbagai aplikasi yang dioptimasikan untuknya. Beberapa jenama besar yang turut membangunkan dan akan melancarkan aplikasi mereka pada tarikh tersebut adalah termasuk Bernama, WOWLoud, AirAsia dan juga MAS.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami