Aplikasi Facebook Untuk Android Dan iOS Membawakan Sokongan Sync Gambar Automatik

Aplikasi Facebook Untuk Android Dan iOS Membawakan Sokongan Sync Gambar Automatik

Diterbitkan pada Dis 1, 2012 oleh .

Lebih kurang sama seperti aplikasi Google+ pada Android, kini Facebook membawakan sokongan memuat-naik gambar daripada peranti mudah-alih iOS atau Android terus ke Facebook secara automatik melalui sebuah fungsi baru yang dinamakan sebagai Photo Sync.

Melalui fungsi ini, pelbagai gambar yang dirakamkan menggunakan kamera pada peranti mudah-alih mereka akan dimuat-naik secara automatik, dan ditandakan sebagai private pada laman sosial tersebut. Seterusnya, sekiranya anda ingin memperlihatkan gambar tersebut kepada umum, hanya perlu ke sesuatu album atau gambar, dan mengubah tetapan paparan padanya.

Bagi para pengguna aplikasi iOS ataupun Android, anda boleh mengakses aplikasi sedia ada anda, dan seterunys mengaktifkan ia melalui halaman tetapan.


TIPS & ULASAN