Microsoft Bakal Membawakan Pemain Muzik Pada SkyDrive.com?

Microsoft Bakal Membawakan Pemain Muzik Pada SkyDrive.com?

Diterbitkan pada Dis 2, 2012 oleh .

SkyDrive, nampaknya, selain daripada memfokuskan kepada storan dokumen dan gambar, Microsoft juga bakal memperluaskan ia kepada sokongan memainkan muzik terus daripada SkyDrive, dimana kini, beberapa petanda awal pada laman tersebut memperlihatkan ia akan hadir tidak lama lagi.

Kod-kod awal integrasi pemain muzik pada SkyDrive.com telah pun hadir akhir-akhir ini. Ia masih tidak diketahui lagi adakah perkhidmatan ini akan diintegrasikan dan diselarikan bersama Xbox Music, ataupun membawakan perkhidmatan yang berbeza sama sekali.

Selain daripada Microsoft, antara gergasi internet lain yang turut memfokuskan arena sama adalah Google dengan Play Music, Apple dengan iTunes, dan juga Amazon dengan Cloud Player. Di Malaysia, salah satu syarikat yang memfokuskan kepada arena sama adalah WOWLoud.


TIPS & ULASAN