Carian
Adblock Plus Kini Menyertakan Sokongan Membetulkan URL Yang Tersalah Taip
December 2, 2012 Aman

Bagi para pengguna pelayar web seperti Firefox, Chrome, dan Opera, mungkin sedia mengenali akan extension ataupun plugin popular yang menghalang pelbagai jenis iklan yang menganggu, iaitu Adblock Plus. Kini, pembangunnya turut sama menyertakan integrasi URL Fixer pada plugin popular tersebut.

Melalui sokongan terbaru ini, ia membolehkan URL yang tersilap taip dibetulkan secara automatik, sekaligus membawa pengguna kepada laman yang betul. Antaranya adalah termasuk ketika para pengguna tersalah memasukkan nama domain, termasukkan koma berbanding noktah, dan sebagainya.

Sebaik sahaja anda memasang Adblock Plus versi 2.2 ini, ia akan mula memuat-turun pangkalan data untuk nama domain, dan seterusnya membolehkan para pengguna melayari web dengan mudah melaluinya.

Daripada ujian awal kami, ia mendapati walaupun agak berguna, namun ketika melayari beberapa laman yang kurang popular, ia dibawa kepada laman yang sebaliknya, seperti apabila menaip URL Wikimedia, ia akan membawa pengguna ke Wikipedia. Beberapa laman lain juga menerima nasib serupa. Tetapi, seperti biasa, anda boleh memilih untuk tidak membetulkan URL ketika ia sedang memuat-turun sesuatu laman.

Komen