MIG Bakal Menawarkan Filem Melayu Melalui YouTube Dan iTunes

MIG Bakal Menawarkan Filem Melayu Melalui YouTube Dan iTunes

Diterbitkan pada Dis 2, 2012 oleh .

MIG Production merupakan salah satu penerbit filem tempatan yang hadir dengan beberapa filem baru akhir-akhir ini, dan kini, ia dilihat mereka turut sama akan terus mengukuhkan kedudukan mereka di arena internet, dengan menawarkan filem melalui saluran YouTube dan juga iTunes.

Pada YouTube, MIG Production bakal melancarkan sebuah saluran baru dinamakan sebagai Metrowealth Pictures, disamping menggunakan saluran MIG Online yang sedia ada. Melaluinya kelak, ia akan membolehkan mereka memuat-naik filem pada YouTube, dan seterusnya menjana pendapatan melalui iklan yang dipaparkan pada video tersebut.

Dengan memuat-naik filem mereka sendiri, Google juga turut menyediakan sebuah panel khas, membolehkan MIG mengawal kandungan mereka, disamping membolehkan mereka menghalang saluran lain memuat-naik video yang sama ke YouTube.

Pada masa yang sama, MIG turut sama mengatakan mereka akan bekerjasama dengan pihak Apple, dan menawarkan filem Melayu melalui iTunes, sekaligus menjadikan mereka pengedar tunggal filem Melayu padanya. Untuk iTunes ini, ia akan dimulakan dengan filem terbitan MIG terlebih dahulu, sebelum diperluaskan kepada yang lain.


TIPS & ULASAN