Cari @ Amanz

Lanjutan daripada Microsoft yang mengumumkan bakal mematikan perkhidmatan Live Messenger, kini Yahoo! turut sama mengumumkan yang mana mereka akan mematikan sokongan untuknya pada perkhidmatan IM popular mereka, Yahoo! Messenger bermula daripada 14 Disember kelak.

Pada masa yang sama, Yahoo! juga turut sama akan mematikan sokongan chat room pada perkhidmatan IM mereka itu, sekaligus menjadikan tiada lagi komuniti untuk sembang secara awam dan umum bermula 14 Disember kelak.

Yahoo! turut menambah yang mana dengan mematikan beberapa fungsi ini, mereka boleh memfokuskan kepada beberapa fungsi yang lebih baik, sekaligus membawakan pengalaman yang lebih baik kepada pengguna. Namun, bagaimanakah mereka akan melaksanakannya masih tidak diketahui.

Jadi, apa kata anda? Adakah Yahoo! Messenger masih digunakan oleh anda, ataupun anda sudah beralih ke perkhidmatan yang lain?

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd