Cari @ Amanz

Dengan Windows 8, pelbagai penyedia perkhidmatan berasaskan web telah memperkenalkan aplikasi mereka, dan terkini, gergasi jual-beli atas-talian, Amazon turut sama telah melancarkan aplikasi rasmi mereka untuk pengguna Windows 8.

Seperti biasa, ia menyertakan pelbagai elemen-elemen antaramuka Windows 8, dan boleh digunakan pada Windows 8 dan juga Windows RT, serta ditawarkan secara percuma pada Windows Store.

Daripada aplikasi Amazon, para pengguna boleh membuat carian, membandingkan harga, berkongsi produk kegemaran dengan rakan-rakan, serta terus membuat belian melaluinya.

Bagi anda yang selalu membuat pembelian melalui Amazon, mungkin ia merupakan salah satu aplikasi yang berguna untuk anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd