Cari @ Amanz

Bagi mereka yang terlibat dalam industri multimedia, grafik dan sebagainya, mungkin sedia kenali akan beberapa produk Envato, seperti ThemeForest dan sebagainya, yang mana merupakan salah satu pusat jual beli kod dan fail sumber untuk digunakan dalam pembangunan.

Untuk makluman, setiap bulan, mereka menyediakan koleksi percuma untuk setiap perkhidmatan mereka, membolehkan pengguna berdaftar memuat-turunnya secara percuma dan menggunakannya dalam pembangunan mereka.

Jadi, berikut merupakan beberapa fail sumber yang boleh digunakan secara percuma oleh anda yang disediakan oleh Envato hasil bekerjasama dengan para pembangun yang menggunakan platform mereka, untuk bulan Disember ini.

ActiveDen – Youtube Comments Widget

YouTube Comments Widget ini membolehkan anda menarik komen daripada laman YouTube untuk sesuatu video, dan seterusnya memaparkan ia pada web anda.

Audio Jungle – Everything Will Be Fine

Audio Jungle, untuk bulan ini menawarkan audio royalti percuma dinamakan sebagai Everything Will Be Fine dengan tema motivasi, yang mana boleh digunakan dalam video, game dan sebagainya yang diterbitkan oleh anda.

ThemeForest – Template Stuff

Rekabentuk web dalam bentuk HTML yang mana membawakan paparan secara melintang dan sedikit unik berbanding yang lain. Didatangkan dalam 12 rekabentuk halaman yang berbeza dengan pilihan 12 warna menarik.

VideoHive – Squares PACK

Fail untuk Adobe After Effects, yang mana menawarkan paparan untuk permulaan video yang menarik. Turut didatangkan bersama-sama adalah grafik transaksi, latar belakang dan sebagainya.

Graphic River – Exceptional Photo Effects

Fail add-on untuk Photoshop, yang mana membolehkan para pengguna menambah pelbagai jenis efek pada gambar yang dirakamkan mereka, sekaligus membolehkan gambar akhir yang dihasilkan lebih profesional.

3dOcean – Parquet Floor

Untuk mereka yang selalu membuat pelbagai jenis rekabentuk 3D dan sebagainya, Parquet Floor ini membawakan rekabentuk texture untuk digunakan pada mockup atau rekabentuk 3D anda. Didatangkan dalam format 3DS, C4D, dan juga OBJ.

CodeCanyon – RoutePlanner API

Membangunkan laman web dengan sokongan pemetaan? RoutePlanner API ini membawakan kod sumber yang sedia digunakan, membolehkan anda memuat-naik ke pelayan, dan terus sedia digunakan dalam memperlihatkan arah dari satu lokasi ke lokasi yang lain. Turut dioptimasikan untuk pengguna peranti mudah-alih.

Selain daripada pelbagai fail-fail percuma ini, para pembangun juga turut sama boleh mendapatkan fail-fail lain pada harga yang agak murah pada laman tersebut, ataupun sekiranya anda mempunyai sebarang rekabentuk yang tidak digunakan, boleh memuat-naik dan menjualnya melalui laman tersebut.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd