(Chrome) Bagaimana Menyertakan Carian Masa-Nyata Twitter Pada Google?

(Chrome) Bagaimana Menyertakan Carian Masa-Nyata Twitter Pada Google?

Diterbitkan pada Dis 3, 2012 oleh .

Sejak awal tahun ini, kerjasama Twitter dan Google ditamatkan, membuatkan tiada lagi carian masa-nyata diperlihatkan pada hasil carian di Google. Namun, untuk mereka yang masih inginkannya, kini boleh mendapatkannya kembali dengan menggunakan extension HasPlug untuk Chrome.

Dengan menambah extension ini pada pelayar web Chrome anda, ia akan menambah sebuah sidebar pada ruangan carian di Google, membolehkan anda melihat pelbagai kemaskini dalam bentuk masa-nyata daripada Twitter untuk terma yang dicari oleh anda.

Beberapa perkara seperti Retweet, Favourite dan semua boleh dilakukan padanya.

Bagi anda yang berminat mengikuti carian daripada Twitter setiap kali membuat carian di Google, boleh memasang HashPlug ini secara percuma pada pelayar web Chrome anda.

Muat-Turun HashPlug dari Chrome Web Store


TIPS & ULASAN