Google hari ini bakal membuat pengumuman khas berkaitan untuk pasaran yang membangun, melalui sebuah acara dinamakan sebagai “The Next Billion”. Dan terlebih dahulu, sebelum memulakannya, mereka telah berkongsi beberapa statistik semasa dengan pihak media, memperlihatkan keadaan internet semasa di Malaysia.
Daripada apa yang dikongsikan oleh Google, kini terdapat 17.6 juta pengguna internet di Malaysia, yang mana menjadikan, sebanyak 61% daripada penduduk Malaysia mempunyai akses ke internet.
Dengan angka yang agak tinggi dan meningkat dari hari ke hari, impak ia ke atas ekonomi adalah 4.1% daripada GDP.
Dari segi penggunaan telefon pintar, ia dikatakan mempunyai kepadatan sebanyak 27%, dan pengguna Malaysia, secara purata menghabiskan masa sebanyak 20 jam seminggu, dimana 33% daripadanya dihabiskan pada laman sosial.
Pada tahun-tahun akan datang, internet di sekitar rantau ini dijangka akan terus membangun dan meningkat secara positif, sekaligus menyumbang kepada peningkatan ekonomi web.